Ada banyak yang suka berhias, namun mereka tidak tahu memilih hiasan,
terutama permata, saat ini justru warga dihebohkan dengan batu alam
dari Aceh dan Lumut Sungai Dareh, kalau ditilik sebanrnya batu ini tidak
kalah dengan batu mulia lainnya.
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa
dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya
mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi
spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7
hingga 9.
Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang
dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang
dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/
paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya
boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk
mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap
sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada
masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan
pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.
Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar